Penat-penat buat iklan, namun reach tak sampai jauh, orang like pun tidak, komen pun sangat sedikit, orang yang nak membeli apatah lagi… Tipulah rasanya kalau kita sebagai usahawan yang buat iklan berbayar tak pernah alami isu begini.
Sama ada FB Ads mahupun Google Ads, atau mana-mana medium pengiklanan…kita boleh cuba semak 3 simptom di bawah, apakah puncanya dan bagaimana kita nak baiki.
Simptom 1 – Iklan Prospek Tak Like atau Abaikan Terus!
Kebiasaan isunya adalah disebabkan faktor berikut:
1. Customer Avatar (Segmen Pelanggan) kita tidak tepat dan tidak sesuai. Iklan yang kita buat pastinya akan diabaikan sebab solusi atau isu yang kita ketengahkan tiada kena mengenai dengan mereka.
Cara baiki:
Pastikan kita kenal betul-betul kenal segmen pelanggan kita. Lokasi, umur, jantina, perangai, pekerja dan minat mereka apa. Lagi tepat kita kenal pelanggan, lagi baik iklan kita.
2. Media seperti poster dan video kita tak menarik perhatian. Maka sasaran pelanggan abaikan iklan kita juga.
Cara baiki:
Tambah baik poster, gambar dan video yang kita dah sediakan. Jika kita ada pelbagai media, boleh juga buat split test untuk cari media Mana yang paling menarik perhatian.
3. Headline kurang menarik dan tak menarik perhatian prospek.
Cara baiki:
Fokus pada isu yang ingin kita cuba selesaikan. Jika boleh relate dengan emosi pelanggan lebih baik.
Simptom 2 – Iklan Prospek Like Sahaja, Tak Ambik Action!
Kebiasaan isunya adalah disebabkan faktor berikut:
1. Tak jelas CTA (Call To Action) yang kita nak prospek buat.
Cara baiki:
Dalam copywriting ataupun di landing page perlu jelas tindakan apa yang perlu mereka lakukan. Nak mereka komen, klik butang pendaftaran dan sebagainya perlu jelas.
2. Promosi kurang menarik, prospek tiada urgency untuk ambil tindakan.
Cara baiki:
Semak semula promosi yang kita tawarkan sama ada menggiurkan atau tidak. Jika perlu letak urgency untuk pelanggan ambil tindakan segera pun boleh.
Simptom 3 – Pelanggan Dah Ambik Action, Tapi Membeli Sangat Sedikit
Disinilah simptom terakhir bagaimana kita buat closing, sama ada melalui Whatsapp/PM ataupun di landing page.
Melalui Simptom 1 & 2 tadi adalah proses kita tarik prospek untuk datang dan semak apa yang kita sediakan.
Jika cara kita closing “kelaut”, penatlah usaha kita tarik mereka tadi dan gagal ke garisan penamat dengan jayanya.
Cara baiki:
1. Pastikan kita dah sediakan skrip closing yang terbaik bila menjawab Whatsapp/PM pelanggan.
2. Pelanggan tidak suka dilayan melalui robot, sama seperti kita. Jika perlu gunakan bot, pastikan ia “semesra” mungkin.
3. Jika closing kita melalui landing page, semua info yang prospek perlukan dalam membuat keputusan mesti ada di dalam landing page tadi.
Melalui Whatsapp/PM, kita boleh bantu jawab jika kita ada soalan. Di landing page kita tiada di sana untuk menjawab, maka landing page ini patutnya berkredibiliti dan boleh menjawab “sendiri” bakal persoalan yang akan ditanya.
Jika kita dah berjaya atasi kesemua 3 simptop di atas, LAST SEKALI adalah pastikan ROI kita buat iklan tu berbaloi & menguntungkan!
Kita nak buat profit! Bukan kita nak bagi profit sebanyak mungkin kepada pemilik platform pengiklanan.