RAXDI – Digital Solutions

3 Jenis Affiliate Marketing Untuk Jana Income Tambahan

Dalam pengiklanan, Affiliate Marketing merujuk kepada amalan membayar pihak ketiga dengan mengarahkan pelanggan kepada barangan dan s#digitalsolutions

Pembayaran ini merupakan komisen yang merupakan insentif untuk menggalakkan lebih ramai pihak ketiga berusaha lebih kuat dalam mengejar komisyen yang lebih tinggi.

Terdapat 3 jenis Affiliate Marketing yang boleh kita gunakan pada bisnes kita.

1) Unattached Affiliate Marketing

Ia adalah model pengiklanan di mana, Affiliate Marketing tidak mempunyai kaitan dengan produk atau servis yang mereka promosikan.

Mereka tidak mempunyai kemahiran atau kepakaran yang diketahui dan tidak bertindak sebagai pihak berkuasa atau membuat tuntutan tentang penggunaannya.

Ini merupakan jenis Affiliate Marketing yang paling kurang relevan. Kekurangan pendedahan kepada bakal pelanggan dan produk membuatkan sukar affiliate untuk memberikan nasihat atau cadangan.

Sebagai contoh, kemahiran utama kita adalah masakan namun kita aplikasikan Affiliate Marketing untuk menjual kasut. Niche kemahiran kita tidak selari dengan apa yang dijual.

2) Related Affiliate Marketing

Affiliate Marketing dikaitkan dengan penglibatan dalam mempromosikan produk atau servis dengan syarikat Affiliate Marketing yang mempunyai beberapa hubungan dengan tawaran itu. Biasanya, hubungan ini adalah antara niche dan produk atau servis.

Affiliate jenis ini mempunyailebih pengaruh dan kepakaran yang mencukupi untuk menjana trafik, dan tahap kuasa mereka menjadikan mereka sumber yang dipercayai. Walau bagaimanapun, affiliate tidak membuat penyertaan tentang penggunaan produk atau servis.

Sebagai contoh, kemahiran memasak kita gunakan untuk promosikan produk masakan. Walaubagaimanapun, produk tersebut masih belum pernah kita gunakan.

3) Involved Affiliate Marketing

Jenis Affilaite Marketing ini pula mewujudkan hubungan yang lebih mendalam antara affiliate dan produk atau servis yang mereka promosikan. Mereka telah menggunakan atau sedang menggunakan produk dan percaya pengalaman positif mereka boleh dikongsi oleh orang lain.

Pengalaman mereka adalah menggunakan produk & servis tersebut sumber maklumat yang dipercayai. Mereka juga mampu memberikan testimoni untuk beri keyakinan pengguna untuk mengambil tindakan untuk membeli.

Sebagai contoh, kita mahir dalam masakan dan kita telahpun menggunakan kuali yang dijual. Kita mampu memberikan penerangan & pengalaman menggunakan kuali tersebut.

Untuk menjadi Affiliate Marketer, kita perlu mempertimbangkan platform yang akan kita gunakan untuk mempromosikan produk dan servis tersebut.

Kita boleh menggunakan Media Sosial, Blog di Website & Shopee/Lazada sebagai platform untuk mendapatkan produk/servis yang ingin kita tawarkan sebagai sumber kewangan tambahan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *