Apabila kita bercadang nak makan bersama keluarga di restoran atau kafe yang belum pernah kita cuba, mesti tertanya-tanya menu apa yang terbaik.
Apabila Waiter datang mengambil pesanan akan dengan senang hati berkongsi hidangan yang paling famous apabila ditanya.
Sebenarnya, situasi ini juga berlaku ketika prospek mencari informasi di Google.
Apabila seseorang mencari di Google, mereka sebenarnya meminta bantuan dari Google (Waiter) untuk memberi cadangan terbaik berdasarkan permintaan mereka.
Seperti Waiter tadi, Google juga akan mencadangkan maklumat terbaik berdasarkan database yang dimilikinya.
Tugas kita sebagai pemilik Bisnes adalah memastikan Bisnes kita disenaraikan dalam senarai “menu” terbaik agar Google akan mencadangkannya kepada prospek dengan lebih kerap.
Berikut adalah 5 perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh pemilik bisnes:
1. WAJIB daftar di Google Business Manager dan pastikan maklumat Bisnes & lokasi adalah betul & tepat.

2. Nama Bisnes & description yang kita masukkan Google Business Manager perlu ada keyword-keyword yang prospek akan tanya. Barulah Google akan faham bisnes kita.

Membeli-belah secara online telah mendapat populariti dan kepercayaan di kalangan rakyat Malaysia baru-baru ini. Oleh kerana harga yang lebih rendah, lebih banyak pilihan dan kemudahan berbanding kedai fizikal, sesetengah daripada mereka memilih platform beli-belah secara online seperti Shopee dan Lazada untuk membeli-belah.
Atas sebab itu, peniaga mestilah mengikut peredaran zaman menggunakan kaedah pembelian dan penjualan mereka dengan menggunakan platform e-dagang atau jual beli secara online ini.
Selain itu, kita boleh menggunakan sistem pengiraan yang sangat mudah dan berpatutan dalam perniagaan kita untuk mengira transaksi dengan lebih kerap dan mudah hasil daripada pesanan secara online.
3. Ada Channel YouTube untuk bisnes kita. Gunakan tajuk video & description video tersebut sudah dimasukkkan keyword yang orang akan cari.

4. Jika ada dana, usahakan buat website. Google akan utamakan cadangan bisnes yang ada website di dalam hasil carian berbanding Bisnes yang belum ada Website.

5. Usahakan untuk kuasai SEO. Kita perlu jadikan Google faham yang kitalah “menu” yang WAJIB dicadangkan berbanding yang lain. Kita nak menu paling atas. Alternatifnya boleh gunakan Google Ads.

Seperti seorang Waiter yang tidak akan mencadangkan hidangan yang tidak sedap atau tidak disukai ramai orang, begitulah juga konsepnya dalam hasil carian di Google.
Google mempunyai banyak data untuk dicadangkan kepada prospek yang mencari, tetapi kadang-kadang Bisnes kita mungkin tidak terpilih untuk disenaraikan.
Sekarang, tiba masanya untuk memastikan Bisnes kita disenaraikan dalam senarai tiga teratas dalam hasil carian Google.
Jadilah pilihan Google untuk dicadangkan kepada calon pelanggan yang mencari produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.
Siapa yang tidak suka jika Bisnes kita sering dicadangkan oleh Google? Saya pasti kita juga menginginkannya, bukan?