Cabaran apabila meniaga di Online vs Offline ni adalah kita tiada untuk explain berapa bagusnya & terbaiknya produk/servis yang kita tawarkan.
Kita ada produk/servis yang sangat bagus untuk menyelesaikan masalah pelanggan, namun kita ada isu Digital Presence yang buatkan orang fikir 2-3x sebelum nak dapatkan produk/servis kita.
Ada 5 tips yang kita boleh buat untuk pastikan Digital Presence kita kehadapan dan proses prospek untuk TRUST pada bisnes kita lebih mudah.
1. Bisnes perlu fokus di Platform Digital yang pelanggan sasaran kita ada, bukan di semua platform.
Sentiasa kemaskini konten bermanfaat & kongsikan perkembangan bisnes.
2. Bina follower seramai mungkin sebab TRUST lebih mudah dibina dengan adanya “ramai orang” suka kita.
1st impression yang akan terbina adalah kalau tak bagus, tak kan ramai orang follow?
3. Dapatkan sebanyak mungkin Social Presence seperti review pelanggan yang positif pada Media Sosial & Google.
Jika kita ada Market Place, cuba dapatkan sebanyak mungkin review pada produk yang pelanggan dah beli.
4. Carian SEO di semua Platform Digital kita mudah orang jumpa. Setiap platform akan ada algorithm yang tersendiri.
Di Google lain, di Media Sosial pun lain. Makin ramai juga orang buat carian di Media Sosial sekarang, bukan hanya kuasai SEO di Google sahaja.
5. Usahakan ada Website & Mobile App kerana pelanggan tahu nak ada 2 platform ini memang memerlukan kos.
Bisnes yang mampu biasanya mereka yang lebih stable dan nak berikan yang terbaik untuk pelanggan.
.
.
Suka atau tidak, Online Presence merupakan eliment utama yang menjadi penentu pelanggan jumpa kita & membuat keputusan.
Hanya ada 2 pilihan sekarang!
Sama ada kita ada Online Presence yang lebih baik, ataupun pesaing Online Presence dia akan jadi lebih baik dari kita.
Kita nak pilih yang mana?