December 2023

5 Perkara Yang Pemilik Bisnes Kena Usahakan

Apabila kita bercadang nak makan bersama keluarga di restoran atau kafe yang belum pernah kita cuba, mesti tertanya-tanya menu apa yang terbaik. Apabila Waiter datang mengambil pesanan akan dengan senang hati berkongsi hidangan yang paling famous apabila ditanya. Sebenarnya, situasi ini juga berlaku ketika prospek mencari informasi di Google. Apabila seseorang mencari di Google, mereka sebenarnya meminta bantuan dari Google (Waiter) untuk memberi cadangan terbaik berdasarkan permintaan mereka. Seperti Waiter tadi, Google juga akan mencadangkan maklumat terbaik berdasarkan database yang dimilikinya. Tugas kita sebagai pemilik Bisnes adalah memastikan Bisnes kita disenaraikan dalam senarai “menu” terbaik agar Google akan mencadangkannya kepada prospek dengan lebih kerap. Berikut adalah 5 perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh pemilik bisnes: 1. WAJIB daftar di Google Business Manager dan pastikan maklumat Bisnes & lokasi adalah betul & tepat. 2. Nama Bisnes & description yang kita masukkan Google Business Manager perlu ada keyword-keyword yang prospek akan tanya. Barulah Google akan faham bisnes kita. Membeli-belah secara online telah mendapat populariti dan kepercayaan di kalangan rakyat Malaysia baru-baru ini. Oleh kerana harga yang lebih rendah, lebih banyak pilihan dan kemudahan berbanding kedai fizikal, sesetengah daripada mereka memilih platform beli-belah secara online seperti Shopee dan Lazada untuk membeli-belah. Atas sebab itu, peniaga mestilah mengikut peredaran zaman menggunakan kaedah pembelian dan penjualan mereka dengan menggunakan platform e-dagang atau jual beli secara online ini. Selain itu, kita boleh menggunakan sistem pengiraan yang sangat mudah dan berpatutan dalam perniagaan kita untuk mengira transaksi dengan lebih kerap dan mudah hasil daripada pesanan secara online. 3. Ada Channel YouTube untuk bisnes kita. Gunakan tajuk video & description video tersebut sudah dimasukkkan keyword yang orang akan cari. 4. Jika ada dana, usahakan buat website. Google akan utamakan cadangan bisnes yang ada website di dalam hasil carian berbanding Bisnes yang belum ada Website. 5. Usahakan untuk kuasai SEO. Kita perlu jadikan Google faham yang kitalah “menu” yang WAJIB dicadangkan berbanding yang lain. Kita nak menu paling atas. Alternatifnya boleh gunakan Google Ads. Seperti seorang Waiter yang tidak akan mencadangkan hidangan yang tidak sedap atau tidak disukai ramai orang, begitulah juga konsepnya dalam hasil carian di Google. Google mempunyai banyak data untuk dicadangkan kepada prospek yang mencari, tetapi kadang-kadang Bisnes kita mungkin tidak terpilih untuk disenaraikan. Sekarang, tiba masanya untuk memastikan Bisnes kita disenaraikan dalam senarai tiga teratas dalam hasil carian Google. Jadilah pilihan Google untuk dicadangkan kepada calon pelanggan yang mencari produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Siapa yang tidak suka jika Bisnes kita sering dicadangkan oleh Google? Saya pasti kita juga menginginkannya, bukan?

5 Perkara Yang Pemilik Bisnes Kena Usahakan Read More »

5 Digital Footprint Untuk Bisnes

Dunia kita semakin mudah dengan adanya kehadiran internet dalam pelbagai urusan harian. Kita akan bergantung pada carian dalam talian untuk mencari produk, perkhidmatan, dan maklumat yang mereka perlukan. Situasi ini telah mengubah corak perniagaan untuk sampai kepada pengguna dan betapa pentingnya setiap perniagaan untuk mempunyai digital footprint yang kukuh. Digital footprint yang berkesan boleh menjadi aset yang berharga yang membezakan perniagaan anda daripada pesaing dan membantu anda mencapai khalayak yang lebih luas. Untuk itu, kita akan meneroka 5 cara untuk perniagaan kita mempunyai kehadiran digital yang kukuh sebagai perwakilan online kepada perniagaan kita. 1) Bina Website yang Profesional Memiliki website yang profesional dan berinformatif adalah langkah awal yang penting. Pastikan website anda mudah dinavigasi, dimuat dengan cepat dan mempunyai kandungan berkualiti tinggi yang berkaitan dengan perniagaan anda. 2) Menggunakan Enjin Carian (SEO) Mengoptimumkan website anda untuk enjin carian seperti Google akan membantu meningkatkan penampilan bisnes kita. Ini melibatkan penggunaan kata kunci yang berkaitan, penulisan kandungan berkualiti dan memastikan laman web anda mesra mobile. 3) Aktif di Media Sosial Aktif di platform media sosial dengan konten yang bermanfaat untuk pelanggan kita. Cipta kandungan yang menarik, buat posting secara berkala dan cari pelunag untuk berinteraksi dengan pengguna. Pastikan profil media sosial mencerminkan identiti jenama Bisnes. 4) Analisis dan Pengukuran Gunakan alat analisis Website dan Media Sosial untuk mengesan prestasi digital footprint anda. Analisis ini membantu anda memahami apa yang berfungsi dan apa yang perlu ditingkatkan. 5) Berikan Added Value Sentiasa fokus untuk memberikan nilai tambah kepada pelangga kita. Zaman kini, Bisnes yang memberikan nilai yang terbaik akan lebih digemari oleh pelanggan. Ini akan membantu meningkatkan kesetiaan pelanggan dan menyokong pertumbuhan perniagaan. Penting juga untuk diingati bahawa membangunkan Digital Footprint yang kuat memerlukan masa dan konsistensi. Ia bukan usaha 1-2 hari, ia mungkin mengambil masa berbulan dan bertahun untuk capai Digital Footprint yang terbaik. Setiap bisnes berbeza keperluannya, jadi pastikan kita mempunyai strategi untuk beradaptasi sesuai dengan perubahan pasaran, sasaran dan audiens Bisnes kita.

5 Digital Footprint Untuk Bisnes Read More »

Kenapa Iklan Berbayar Tetapi Masih Kurang Prospek? Ini 3 Simptom dan Penyelesaiannya

Penat-penat buat iklan, namun reach tak sampai jauh, orang like pun tidak, komen pun sangat sedikit, orang yang nak membeli apatah lagi… Tipulah rasanya kalau kita sebagai usahawan yang buat iklan berbayar tak pernah alami isu begini. Sama ada FB Ads mahupun Google Ads, atau mana-mana medium pengiklanan…kita boleh cuba semak 3 simptom di bawah, apakah puncanya dan bagaimana kita nak baiki. Simptom 1 – Iklan Prospek Tak Like atau Abaikan Terus! Kebiasaan isunya adalah disebabkan faktor berikut: 1. Customer Avatar (Segmen Pelanggan) kita tidak tepat dan tidak sesuai. Iklan yang kita buat pastinya akan diabaikan sebab solusi atau isu yang kita ketengahkan tiada kena mengenai dengan mereka. Cara baiki: Pastikan kita kenal betul-betul kenal segmen pelanggan kita. Lokasi, umur, jantina, perangai, pekerja dan minat mereka apa. Lagi tepat kita kenal pelanggan, lagi baik iklan kita. 2. Media seperti poster dan video kita tak menarik perhatian. Maka sasaran pelanggan abaikan iklan kita juga. Cara baiki: Tambah baik poster, gambar dan video yang kita dah sediakan. Jika kita ada pelbagai media, boleh juga buat split test untuk cari media Mana yang paling menarik perhatian. 3. Headline kurang menarik dan tak menarik perhatian prospek. Cara baiki: Fokus pada isu yang ingin kita cuba selesaikan. Jika boleh relate dengan emosi pelanggan lebih baik. Simptom 2 – Iklan Prospek Like Sahaja, Tak Ambik Action! Kebiasaan isunya adalah disebabkan faktor berikut: 1. Tak jelas CTA (Call To Action) yang kita nak prospek buat. Cara baiki: Dalam copywriting ataupun di landing page perlu jelas tindakan apa yang perlu mereka lakukan. Nak mereka komen, klik butang pendaftaran dan sebagainya perlu jelas. 2. Promosi kurang menarik, prospek tiada urgency untuk ambil tindakan. Cara baiki: Semak semula promosi yang kita tawarkan sama ada menggiurkan atau tidak. Jika perlu letak urgency untuk pelanggan ambil tindakan segera pun boleh. Simptom 3 – Pelanggan Dah Ambik Action, Tapi Membeli Sangat Sedikit Disinilah simptom terakhir bagaimana kita buat closing, sama ada melalui Whatsapp/PM ataupun di landing page. Melalui Simptom 1 & 2 tadi adalah proses kita tarik prospek untuk datang dan semak apa yang kita sediakan. Jika cara kita closing “kelaut”, penatlah usaha kita tarik mereka tadi dan gagal ke garisan penamat dengan jayanya. Cara baiki: 1. Pastikan kita dah sediakan skrip closing yang terbaik bila menjawab Whatsapp/PM pelanggan. 2. Pelanggan tidak suka dilayan melalui robot, sama seperti kita. Jika perlu gunakan bot, pastikan ia “semesra” mungkin. 3. Jika closing kita melalui landing page, semua info yang prospek perlukan dalam membuat keputusan mesti ada di dalam landing page tadi. Melalui Whatsapp/PM, kita boleh bantu jawab jika kita ada soalan. Di landing page kita tiada di sana untuk menjawab, maka landing page ini patutnya berkredibiliti dan boleh menjawab “sendiri” bakal persoalan yang akan ditanya. Jika kita dah berjaya atasi kesemua 3 simptop di atas, LAST SEKALI adalah pastikan ROI kita buat iklan tu berbaloi & menguntungkan! Kita nak buat profit! Bukan kita nak bagi profit sebanyak mungkin kepada pemilik platform pengiklanan.

Kenapa Iklan Berbayar Tetapi Masih Kurang Prospek? Ini 3 Simptom dan Penyelesaiannya Read More »