raxdi.data@gmail.com

5 Cara Bagaimana Google Maps Jana Income

Sekarang adalah era di mana kita memang tak boleh lari daripada menggunakan fungi Google Maps. “Eh…saya tak guna Google Maps, Saya guna Waze je” Betul memang aplikasi yang berbeza, namun map yang digunakan oleh Waze adalah dari Google Maps. Walaupun kita guna Waze, namun secara tak langsung sebenarnya kita guna Google Maps juga. Cuma Waze tambah baik fungsi sedia ada melalui Social Sharing. Melalui Waze, kita boleh dapat maklum balas rakan-rakan pengguna Waze yang lain seperti ada kemalangan dan kalau ada polis di depan (ni part yang paling best). Waze kita nampak juga mereka buat iklan, tapi Google Maps sangat jarang kita nampak mereka buat iklan. Dah lah guna percuma, jadi macam mana Google Maps jana income? Mestilah Google Maps ada cara jana incomenya! Jom kita semak 5 caranya. Cara 1 Melalui iklan bila orang membuat carian kawasan terdekat. Pengguna akan nampak perniagaan kita akan diletakkan di atas berbanding pesaing. Konsepnya hampir sama seperti carian di Google, cuma yang ini carian di Google Maps. Lokasi kita diletakkan paling atas berbanding pesaing. Cara 2 Bila kita daftar Google MyBusiness, kebiasaannya image Pin Location kita secara umumnya Google yang tetapkan. Namun Google ada Add-On tambahan jika kita nak letak logo bisnes kita di Pin Location tadi. Ini adalah fungsi berbayar jika kita nak letak letak logo bisnes kita. Cara 3 Jika perasan semasa Navigasi, Google Maps akan sebut landmark tertentu seperti “Turn left after Starbucks”. Melalui contoh ini, Starbucks ada buat bayaran tambahan pada Google Maps untuk pastikan landmark mereka disebut di dalam arahan navigasi. Cara 4 Servis berbayar untuk gunakan Google Maps API. Mana-mana aplikasi yang menggunakan Maps atau pengiraan jarak dan lokasi akan menggunakan servis Google Maps API ini. Grab, Foodpanda, Lalamove atau mana-mana aplikasi yang menggunakan Maps, majoritinya akan gunakan Google Maps API. Pengguna boleh guna PERCUMA, namun syraikat aplikasi ini yang kena bayaran bagi setiap lokasi serta navigasi yang diberikan. Mereka yang berminat untuk bina aplikasi yang melibatkan pengiraan jarak & navigasi, jangan lupa masukkan pengiraan ini dalam kos servis yang diberikan. Cara 5 Melalui kerjasama dengan syarikat lain seperti Lyft & Uber apabila menggunakan Google Map API ini. Syarikat Lyft & Uber memberikan ekuiti share kepada Google sebanyak 4.4% dan 4.2%. Daripada bayar servis kepada Google, mereka berikan cara ekuiti share untuk sama-sama jana income bersama Lyft & Google. . . Inilah 5 cara bagaimana Google Maps jana income. Dianggarkan Google Maps jana dalam USD 4.3 billion melalui 5 cara ini. Dikhabarkan sebenarnya Google masih belum “perah” sepenuhnya untuk jana income melalui Google Maps agar memastikan pengguna terus selesa gunakannya tanpa terlalu banyak iklan. Tahun ini Google Maps akan perkenalkan lagi fungsi baru untuk jana income lebih banyak melalui Google Maps, antaranya adalah navigasi dengan Augmented Reality (AR). Sebagai pengguna, janganlah risau…selalunya penjanaan income Google Maps datang dari syarikat dan Pemilik bisnes. Kita boleh terus guna Google Maps dengan gembira Sebagai syarikat & Pemilik Bisnes, kita perlu sedia untuk maksimumkan penggunaan Google Maps untuk lebih banyak manfaat kita boleh berikan kepada pelanggan.

5 Cara Bagaimana Google Maps Jana Income Read More »

5 Tips Naikkan Digital Presence Bisnes

Cabaran apabila meniaga di Online vs Offline ni adalah kita tiada untuk explain berapa bagusnya & terbaiknya produk/servis yang kita tawarkan. Kita ada produk/servis yang sangat bagus untuk menyelesaikan masalah pelanggan, namun kita ada isu Digital Presence yang buatkan orang fikir 2-3x sebelum nak dapatkan produk/servis kita. Ada 5 tips yang kita boleh buat untuk pastikan Digital Presence kita kehadapan dan proses prospek untuk TRUST pada bisnes kita lebih mudah. 1. Bisnes perlu fokus di Platform Digital yang pelanggan sasaran kita ada, bukan di semua platform. Sentiasa kemaskini konten bermanfaat & kongsikan perkembangan bisnes. 2. Bina follower seramai mungkin sebab TRUST lebih mudah dibina dengan adanya “ramai orang” suka kita. 1st impression yang akan terbina adalah kalau tak bagus, tak kan ramai orang follow? 3. Dapatkan sebanyak mungkin Social Presence seperti review pelanggan yang positif pada Media Sosial & Google. Jika kita ada Market Place, cuba dapatkan sebanyak mungkin review pada produk yang pelanggan dah beli. 4. Carian SEO di semua Platform Digital kita mudah orang jumpa. Setiap platform akan ada algorithm yang tersendiri. Di Google lain, di Media Sosial pun lain. Makin ramai juga orang buat carian di Media Sosial sekarang, bukan hanya kuasai SEO di Google sahaja. 5. Usahakan ada Website & Mobile App kerana pelanggan tahu nak ada 2 platform ini memang memerlukan kos. Bisnes yang mampu biasanya mereka yang lebih stable dan nak berikan yang terbaik untuk pelanggan. . . Suka atau tidak, Online Presence merupakan eliment utama yang menjadi penentu pelanggan jumpa kita & membuat keputusan. Hanya ada 2 pilihan sekarang! Sama ada kita ada Online Presence yang lebih baik, ataupun pesaing Online Presence dia akan jadi lebih baik dari kita. Kita nak pilih yang mana?

5 Tips Naikkan Digital Presence Bisnes Read More »

5 Perkara Yang Pemilik Bisnes Kena Usahakan

Apabila kita bercadang nak makan bersama keluarga di restoran atau kafe yang belum pernah kita cuba, mesti tertanya-tanya menu apa yang terbaik. Apabila Waiter datang mengambil pesanan akan dengan senang hati berkongsi hidangan yang paling famous apabila ditanya. Sebenarnya, situasi ini juga berlaku ketika prospek mencari informasi di Google. Apabila seseorang mencari di Google, mereka sebenarnya meminta bantuan dari Google (Waiter) untuk memberi cadangan terbaik berdasarkan permintaan mereka. Seperti Waiter tadi, Google juga akan mencadangkan maklumat terbaik berdasarkan database yang dimilikinya. Tugas kita sebagai pemilik Bisnes adalah memastikan Bisnes kita disenaraikan dalam senarai “menu” terbaik agar Google akan mencadangkannya kepada prospek dengan lebih kerap. Berikut adalah 5 perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh pemilik bisnes: 1. WAJIB daftar di Google Business Manager dan pastikan maklumat Bisnes & lokasi adalah betul & tepat. 2. Nama Bisnes & description yang kita masukkan Google Business Manager perlu ada keyword-keyword yang prospek akan tanya. Barulah Google akan faham bisnes kita. Membeli-belah secara online telah mendapat populariti dan kepercayaan di kalangan rakyat Malaysia baru-baru ini. Oleh kerana harga yang lebih rendah, lebih banyak pilihan dan kemudahan berbanding kedai fizikal, sesetengah daripada mereka memilih platform beli-belah secara online seperti Shopee dan Lazada untuk membeli-belah. Atas sebab itu, peniaga mestilah mengikut peredaran zaman menggunakan kaedah pembelian dan penjualan mereka dengan menggunakan platform e-dagang atau jual beli secara online ini. Selain itu, kita boleh menggunakan sistem pengiraan yang sangat mudah dan berpatutan dalam perniagaan kita untuk mengira transaksi dengan lebih kerap dan mudah hasil daripada pesanan secara online. 3. Ada Channel YouTube untuk bisnes kita. Gunakan tajuk video & description video tersebut sudah dimasukkkan keyword yang orang akan cari. 4. Jika ada dana, usahakan buat website. Google akan utamakan cadangan bisnes yang ada website di dalam hasil carian berbanding Bisnes yang belum ada Website. 5. Usahakan untuk kuasai SEO. Kita perlu jadikan Google faham yang kitalah “menu” yang WAJIB dicadangkan berbanding yang lain. Kita nak menu paling atas. Alternatifnya boleh gunakan Google Ads. Seperti seorang Waiter yang tidak akan mencadangkan hidangan yang tidak sedap atau tidak disukai ramai orang, begitulah juga konsepnya dalam hasil carian di Google. Google mempunyai banyak data untuk dicadangkan kepada prospek yang mencari, tetapi kadang-kadang Bisnes kita mungkin tidak terpilih untuk disenaraikan. Sekarang, tiba masanya untuk memastikan Bisnes kita disenaraikan dalam senarai tiga teratas dalam hasil carian Google. Jadilah pilihan Google untuk dicadangkan kepada calon pelanggan yang mencari produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Siapa yang tidak suka jika Bisnes kita sering dicadangkan oleh Google? Saya pasti kita juga menginginkannya, bukan?

5 Perkara Yang Pemilik Bisnes Kena Usahakan Read More »

5 Digital Footprint Untuk Bisnes

Dunia kita semakin mudah dengan adanya kehadiran internet dalam pelbagai urusan harian. Kita akan bergantung pada carian dalam talian untuk mencari produk, perkhidmatan, dan maklumat yang mereka perlukan. Situasi ini telah mengubah corak perniagaan untuk sampai kepada pengguna dan betapa pentingnya setiap perniagaan untuk mempunyai digital footprint yang kukuh. Digital footprint yang berkesan boleh menjadi aset yang berharga yang membezakan perniagaan anda daripada pesaing dan membantu anda mencapai khalayak yang lebih luas. Untuk itu, kita akan meneroka 5 cara untuk perniagaan kita mempunyai kehadiran digital yang kukuh sebagai perwakilan online kepada perniagaan kita. 1) Bina Website yang Profesional Memiliki website yang profesional dan berinformatif adalah langkah awal yang penting. Pastikan website anda mudah dinavigasi, dimuat dengan cepat dan mempunyai kandungan berkualiti tinggi yang berkaitan dengan perniagaan anda. 2) Menggunakan Enjin Carian (SEO) Mengoptimumkan website anda untuk enjin carian seperti Google akan membantu meningkatkan penampilan bisnes kita. Ini melibatkan penggunaan kata kunci yang berkaitan, penulisan kandungan berkualiti dan memastikan laman web anda mesra mobile. 3) Aktif di Media Sosial Aktif di platform media sosial dengan konten yang bermanfaat untuk pelanggan kita. Cipta kandungan yang menarik, buat posting secara berkala dan cari pelunag untuk berinteraksi dengan pengguna. Pastikan profil media sosial mencerminkan identiti jenama Bisnes. 4) Analisis dan Pengukuran Gunakan alat analisis Website dan Media Sosial untuk mengesan prestasi digital footprint anda. Analisis ini membantu anda memahami apa yang berfungsi dan apa yang perlu ditingkatkan. 5) Berikan Added Value Sentiasa fokus untuk memberikan nilai tambah kepada pelangga kita. Zaman kini, Bisnes yang memberikan nilai yang terbaik akan lebih digemari oleh pelanggan. Ini akan membantu meningkatkan kesetiaan pelanggan dan menyokong pertumbuhan perniagaan. Penting juga untuk diingati bahawa membangunkan Digital Footprint yang kuat memerlukan masa dan konsistensi. Ia bukan usaha 1-2 hari, ia mungkin mengambil masa berbulan dan bertahun untuk capai Digital Footprint yang terbaik. Setiap bisnes berbeza keperluannya, jadi pastikan kita mempunyai strategi untuk beradaptasi sesuai dengan perubahan pasaran, sasaran dan audiens Bisnes kita.

5 Digital Footprint Untuk Bisnes Read More »

Kenapa Iklan Berbayar Tetapi Masih Kurang Prospek? Ini 3 Simptom dan Penyelesaiannya

Penat-penat buat iklan, namun reach tak sampai jauh, orang like pun tidak, komen pun sangat sedikit, orang yang nak membeli apatah lagi… Tipulah rasanya kalau kita sebagai usahawan yang buat iklan berbayar tak pernah alami isu begini. Sama ada FB Ads mahupun Google Ads, atau mana-mana medium pengiklanan…kita boleh cuba semak 3 simptom di bawah, apakah puncanya dan bagaimana kita nak baiki. Simptom 1 – Iklan Prospek Tak Like atau Abaikan Terus! Kebiasaan isunya adalah disebabkan faktor berikut: 1. Customer Avatar (Segmen Pelanggan) kita tidak tepat dan tidak sesuai. Iklan yang kita buat pastinya akan diabaikan sebab solusi atau isu yang kita ketengahkan tiada kena mengenai dengan mereka. Cara baiki: Pastikan kita kenal betul-betul kenal segmen pelanggan kita. Lokasi, umur, jantina, perangai, pekerja dan minat mereka apa. Lagi tepat kita kenal pelanggan, lagi baik iklan kita. 2. Media seperti poster dan video kita tak menarik perhatian. Maka sasaran pelanggan abaikan iklan kita juga. Cara baiki: Tambah baik poster, gambar dan video yang kita dah sediakan. Jika kita ada pelbagai media, boleh juga buat split test untuk cari media Mana yang paling menarik perhatian. 3. Headline kurang menarik dan tak menarik perhatian prospek. Cara baiki: Fokus pada isu yang ingin kita cuba selesaikan. Jika boleh relate dengan emosi pelanggan lebih baik. Simptom 2 – Iklan Prospek Like Sahaja, Tak Ambik Action! Kebiasaan isunya adalah disebabkan faktor berikut: 1. Tak jelas CTA (Call To Action) yang kita nak prospek buat. Cara baiki: Dalam copywriting ataupun di landing page perlu jelas tindakan apa yang perlu mereka lakukan. Nak mereka komen, klik butang pendaftaran dan sebagainya perlu jelas. 2. Promosi kurang menarik, prospek tiada urgency untuk ambil tindakan. Cara baiki: Semak semula promosi yang kita tawarkan sama ada menggiurkan atau tidak. Jika perlu letak urgency untuk pelanggan ambil tindakan segera pun boleh. Simptom 3 – Pelanggan Dah Ambik Action, Tapi Membeli Sangat Sedikit Disinilah simptom terakhir bagaimana kita buat closing, sama ada melalui Whatsapp/PM ataupun di landing page. Melalui Simptom 1 & 2 tadi adalah proses kita tarik prospek untuk datang dan semak apa yang kita sediakan. Jika cara kita closing “kelaut”, penatlah usaha kita tarik mereka tadi dan gagal ke garisan penamat dengan jayanya. Cara baiki: 1. Pastikan kita dah sediakan skrip closing yang terbaik bila menjawab Whatsapp/PM pelanggan. 2. Pelanggan tidak suka dilayan melalui robot, sama seperti kita. Jika perlu gunakan bot, pastikan ia “semesra” mungkin. 3. Jika closing kita melalui landing page, semua info yang prospek perlukan dalam membuat keputusan mesti ada di dalam landing page tadi. Melalui Whatsapp/PM, kita boleh bantu jawab jika kita ada soalan. Di landing page kita tiada di sana untuk menjawab, maka landing page ini patutnya berkredibiliti dan boleh menjawab “sendiri” bakal persoalan yang akan ditanya. Jika kita dah berjaya atasi kesemua 3 simptop di atas, LAST SEKALI adalah pastikan ROI kita buat iklan tu berbaloi & menguntungkan! Kita nak buat profit! Bukan kita nak bagi profit sebanyak mungkin kepada pemilik platform pengiklanan.

Kenapa Iklan Berbayar Tetapi Masih Kurang Prospek? Ini 3 Simptom dan Penyelesaiannya Read More »

5 Fungsi Website Untuk Perniagaan

Mana-mana perniagaan atau syarikat boleh mendapat manfaat yang besar dengan memiliki website. Website ini boleh diibaratkan seperti flyers atau risalah yang kerap kita terima di kedai atau yang dilekatkan pada wiper kereta kita apabila kita parking kenderaan. Di dalam flyers atau risalah tersebut akan terdapar dengan info, imej, iklan dan bahan lain yang menjelaskan perkara yang cuba ditawarkan oleh syarikat kepada kita. Sama juga dengan website terhadap bisnes. Selagi ada akses internet, website boleh diakses dan ditunjukkan dari mana-mana lokasi di dunia. Jadi mari kita tengok 5 fungsi website untuk perniagaan. 1) Meningkatkan Keyakinan Jika kita mempunyai website yang meyakinkan, bakal pelanggan akan berasa lebih selesa menjalankan perniagaan dengan kita. Kepuasan pelanggan boleh mempengaruhi keputusan seseorang untuk membeli daripada kita. Website ialah sistem yang akan membantu membina jenama perniagaan kita. Syarikat yang mempunyai jenama yang kukuh akan menjadi terkenal atau menjadi viral yang akan memberi manfaat kepada perniagaan kita. 2) Jual Beli Secara Online Membeli-belah secara online telah mendapat populariti dan kepercayaan di kalangan rakyat Malaysia baru-baru ini. Oleh kerana harga yang lebih rendah, lebih banyak pilihan dan kemudahan berbanding kedai fizikal, sesetengah daripada mereka memilih platform beli-belah secara online seperti Shopee dan Lazada untuk membeli-belah. Atas sebab itu, peniaga mestilah mengikut peredaran zaman menggunakan kaedah pembelian dan penjualan mereka dengan menggunakan platform e-dagang atau jual beli secara online ini. Selain itu, kita boleh menggunakan sistem pengiraan yang sangat mudah dan berpatutan dalam perniagaan kita untuk mengira transaksi dengan lebih kerap dan mudah hasil daripada pesanan secara online. 3) Media Pengiklanan Kita boleh memanfaatkan sepenuhnya teknologi ini dengan mendorong lebih ramai orang ke website kita dengan keupayaan untuk mempamerkan maklumat dan interaktif. Pada masa kini, banyak peniaga menggunakan Facebook, Instagram, dan platform lain untuk pengiklanan mereka. Kita boleh membawa pelanggan-pelanggan kita ke website kita supaya mereka boleh tertarik untuk membuat perniagaan dengan kita. Berikut adalah beberapa strategi untuk meningkatkan trafik website: – • Penggunaan Media Sosial • Daripada enjin carian Google. • Kad perniagaan atau risalah • Pergi terus ke nama website kita. 4) Jawab FAQ Apabila menjalankan perniagaan, sudah pasti kita akan membalas pertanyaan yang sama tentang bisnes kita daripada pelbagai pihak berulang kali. Berapa harga produk ini? Berapa lama jaminan produk? Apa tempoh masa servis ini? Kita pasti sudah terharu dengan jumlah soalan lazim yang akan masuk. Cara lebih mudah yang boleh dilakukan dengan menyelaraskan pengalaman syarikat kita dan pelanggan dengan memasukkan FAQ (Frequently Asked Questions) di website kita. 5) Pamer servis, produk atau tawaran kita Website boleh digunakan sebagai platform untuk mempamerkan kepada orang ramai tawaran yang ditawarkan oleh syarikat, perniagaan atau individu. Ini akan membantu pelanggan kita atau pelanggan masa depan dalam mempelajari lebih lanjut tentang produk dan servis yang kita jual, serta latar belakang bisnes kita, dengan memberikan mereka maklumat tentang syarikat kita. Pelanggan kini lebih bijak dalam membeli sebelum membuat sebarang pembelian, mereka akan selidik terlebih dahulu. Untuk membolehkan pelanggan memilih untuk menjalankan perniagaan dengan kita dengan lebih bijak, kita sebagai pemilik perniagaan mesti menangani sendiri soalan ini dengan menawarkan website dengan maklumat penting. Website adalah penting untuk mana-mana syarikat, tidak kira besar atau kecil. Oleh itu, buatlah sedikit pelaburan untuk bisnes memiliki website agar kita boleh nikmati kelebihan tambahan yang boleh kita miliki melalui website.

5 Fungsi Website Untuk Perniagaan Read More »

4 Tips Marketing Yang Berkesan Untuk Instagram

Dalam dunia internet marketing sekarang, sedang berlakunya revolusi terhadap penggunaan platform media social, dan salah satu platform yang menjadi kegemaran pengguna di Malaysia adalah Instagram Ternyata penggunaan Instagram telah mewujudkan peluang kepada pemilik bsnes untuk memasarkan perusahaan masing-masing, sama ada nama yang terkenal mahupun syarikat yang baru ingin memulakan perniagaan. Walau bagaimanapun, mesti ada antara kita yang sedang mempertimbangkan strategi terbaik untuk memasarkan syarikat kita supaya kita boleh menarik pelanggan yang betul. Berikut ialah 4 tips marketing yang berkesan untuk Instagram yang boleh kita gunakan: 1) Tukar kepada Business Profile Menukar profil kita kepada akaun perniagaan adalah mudah. Pastikan kita mempunyai Instagram Business Account sebelum merancang strategi pemasaran unntuk Instagram. Untuk permulaan, pergi ke “Settings” dan pilih ” Switch to Business Profile.” Kelebihan mempunyai profil perniagaan cukup jelas. Sebagai contoh, followers boleh menghubungi kita terus dari halaman Instagram kita dengan mengklik butang “Contact”. Selain itu, audience kita akan lebih mempercayai kita sebagai jenama yang terkenal. Kita boleh create dan publish iklan di Instagram menggunakan profil perniagaan tanpa menggunakan Meta’s advertising tools. Selain itu, kita juga boleh akses kepada alat analitis Insights Instagram, yang menawarkan statistik tentang tanggapan dan jangkauan posting kita. 2) Gunakan Hashtag Yang Menarik Hashtag ialah kaedah yang hebat untuk mencapai engagement segera. Hashtag Red Bull, #givesyouwings, telah digunakan dalam hampir 500,000 post. Dengan menggunakan hashtag, user boleh mencari semua posting yang menyebut jenama kita berkat. Selain itu, ia memudahkan kita mencari melalui gambar yang kita mungkin ingin fikirkan untuk berkongsi semula pada page kita sendiri. Membuat hashtag yang boleh digunakan oleh pelanggan ialah marketing percuma untuk bisnes kita. Setiap kali seseorang menggunakan hashtag dalam posting bergambar, mereka akan mendedahkan bisnes kita kepada followers mereka. Pertimbangkan untuk menggunakan slogan atau frasa yang terkenal untuk jenama kita sebagai hashtag jika kita sudah mempunyainya. Walau bagaimanapun, kita mesti post pada masa yang sesuai dan elakkan post secara berlebihan tanpa mengira apa yang kita siarkan. 3) Guna Instagram Stories Instagram Stories datang dalam format “slideshow” yang membezakannya daripada posting Instagram standard. Instagram Stories memberikan banyak kelebihan untuk bisnes kita. Stories yang pertama kali dilihat di bahagian atas timeline followers ialah di mana orang sudah kerap melihatnya. Jenama kita boleh menggunakan Stories untuk menangkap posting orang dalam di sebalik tabir yang mungkin tidak “berkualiti tinggi” seperti posting biasa. Instagram Stories juga memudahkan untuk kita explore dengan pelbagai format material seperti imej, short videos, rewind videos, live videos, Reels, ataupun Boomerangs. Imej dan Videos yang menakjubkan untuk stories kita boleh dibuat dengan menggunakan apps seperti Canva dan InVideo. Mengedit foto atau membuat visual yang menghiburkan dan menarik perhatian adalah mudah dengan menggunakan filter, text atau stickers yang menarik. 4) Guna Instagram Reels Dalam Reels Instagram, kita boleh mengedit video, menambah audio, effects dan pelbagai filter. Kandungan dalam Instagram Reels kemudiannya dikongsi dengan followers dalam Feeds akaun kita. Jika akaun kita ditetapkan untuk “Public”, maka video Instagram Reels kita boleh ditemui dalam menu “Explore”. Ini membolehkan kita menjangkau khalayak yang lebih luas, malah secara global. Ia adalah satu kelebihan untuk bisnes jika content Instagram Reels kita boleh memasuki menu “Explore”. Terutama jika kandungan kita termasuk dalam golongan yang ditampilkan, yang dipilih oleh Instagram berdasarkan pilihan user. Kelebihan Instagram Reels ialah kita boleh menyampaikan mesej kita dengan cepat kepada user, mengikut ciri ciri ini. Dengan membuka Instagram Reels, user juga boleh cenderung mencari content yang tepat. Dunia media sosial telah dikuasai oleh Instagram. Dengan lebih daripada 2 bilion pengguna setiap bulan, ia adalah platform pilihan untuk perkongsian imej. Setiap hari, berbilion Likes diedarkan, oleh itu kita mesti melakukan bahagian kita untuk menuntut sebahagian daripadanya. Diharapkan agar 4 Tips Marketing Instagram diatas dapat membantu kita untuk mula menggunakan Instagram sebagai salah satu channel marketing dan untuk tingkatkan ROI bisnes kita.

4 Tips Marketing Yang Berkesan Untuk Instagram Read More »

4 Sebab Branding Ini Penting Untuk Bisnes

Sebuah syarikat akan menggunakan branding sebagai strategi marketing untuk mewujudkan nama, simbol atau reka bentuk yang boleh dikenali dengan serta-merta. Ini merupakan eliment penting untuk membezakan kita dengan pesaing. Perkembangan branding melibatkan pelbagai cabang dengan impak yang berbeza. Pengiklanan, perkhidmatan pelanggan, promosi produk, reputasi dan logo adalah beberapa daripadanya. Kesemua komponen ini membantu untuk mewujudkan satu profil profesional yang menarik. Apatah lagi jika perniagaan yang sudah lama bertapak, namun branding kita masih belum berkembang & dikenali ramai. Disini kami kongsikan 4 sebab branding ini penting untuk bisnes: 1) Dapat Tarik Pelanggan Baru Branding yang kukuh boleh menjadikan pelanggan sedia ada sebagai agen yang akan bantu memberitahu kenalan mereka tentang syarikat kita. Sebuah syarikat yang mempunyai branding yang kukuh biasanya akan mendapat manfaat daripadanya di kalangan pengguna semasanya dan juga boleh menarik masuk yang baharu! 2) Kepercayaan Dalam Marketing Syarikat boleh mendapat kepercayaan pengguna dan bakal pelanggan dengan mengekalkan imej profesional dan branding yang teratur. Orang ramai lebih bersedia untuk berurus niaga dengan syarikat yang mempunyai imej yang unik dan profesional. Mempunyai brand yang kukuh mempengaruhi sesuatu pasaran dan mampu mencipta keyakinan dalam kedua-dua perniagaan yang melibatkan barangan dan perkhidmatan yang kita sediakan. 3) Lebih Dikenali Pasti kita sudah biasa dengan nama KFC atau MCD kan? Apa perkara yang menjadikan strategi branding mereka tidak dapat dilupakan? Keupayaan untuk menubuhkan branding syarikat dan menjadi terkenal kepada pelanggan menjadikan branding ini penting untuk perniagaan. Logo, yang pada asasnya adalah wajah syarikat, adalah komponen branding yang paling penting seperti yang KFC lakukan. Atas sebab ini, reka bentuk logo profesional sepatutnya lebih menarik dan mudah diingati, ia akan membantu pengguna mengenali perniagaan hanya dengan melihatnya. 4) Meningkatkan Nilai Syarikat Apabila membincangkan mengenai nilai, branding adalah penting dalam usaha untuk meningkatkan “level” perniagaan pada masa hadapan. Kita bukannya nak berniaga sehari, sebaliknya kita merancang berbisnes untuk jangka masa yang lama. Branding yang kukuh boleh meningkatkan nilai syarikat dengan meluaskan peluang perniagaannya. Oleh kerana kedudukannya yang kukuh dalam pasaran, ia boleh menjadi prospek pelaburan yang lebih menarik. Untuk membolehkan perniagaan kita berkembang dan menjadi lebih dikenali dan diingati secara meluas, branding adalah sangat penting. Walaupun syarikat kita masih baharu, branding mempunyai kuasa untuk menambah baik cara pengguna melihat syarikat kita. Semoga perkongsiaan ini dapat membantu untuk mengembangkan branding bisnes kita sehingga menjadi terkenal dan ternama suatu hari nanti.

4 Sebab Branding Ini Penting Untuk Bisnes Read More »

4 Cara Efektif Guna SWOT Dalam Marketing

SWOT ialah rangka kerja untuk memeriksa dan mengenal pasti isu utama yang mempengaruhi syarikat kita sambil mengambil kira Strengths, Weakness, Opportunities & Threats (SWOT). Tujuan analisis SWOT adalah untuk mendapatkan pemahaman peringkat tertinggi tentang pengaruh pemasaran kita supaya kita boleh meningkatkannya. Tidak ada satu teknik yang betul untuk melakukan SWOT kerana setiap syarikat mempunyai rancangan marketing yang unik dan menghadapi risiko yang berbeza. Ini adalah 4 cara yang efektif kita guna SWOT dalam marketing. 1) Strength (Kekuatan) Apa yang kekuatan kita? Pertimbangkan komponen kempen yang sebenarnya berkesan jika anda sedang mengkaji usaha tertentu. Mulakan dengan bertanya soalan-soalan di bawah dan catatkan jawapannya. Ubah soalan mengikut keperluan untuk memfokuskan pada kempen atau keseluruhan strategi pemasaran kita. i. Apakah bisnes kita lakukan lebih baik daripada yang lain dalam bidang yang sama? ii. Apa yang paling disukai pelanggan tentang bisnes kita, produk atau servis kita? iii. Apa perkara baik yang difikirkan oleh pelanggan apabila mereka memikirkan brand kita? iv. Apa cadangan jualan unik kita? Adakah ia membantu? 2) Weakness (Kelemahan) Selalunya, ini adalah bahagian paling sukar dalam analisis SWOT. Ini kerana kita perlu jujur dengan diri sendiri, dan mungkin sukar untuk kita akui. Mulakan dengan bertanya soalan. Sekali lagi, kita boleh menukar perkataan agar sesuai dengan kempen atau strategi keseluruhan kita. i. Apa yang pelanggan kita paling tidak suka tentang bisnes kita atau perkara yang kita tawarkan? ii. Apa yang boleh dilakukan dengan lebih baik dengan bisnes kita? iii. Apa punca kita kehilangan pelanggan yang paling banyak dalam proses jualan kita? iv. Apa kelebihan pesaing kita yang kita tidak ada? 3) Opportunities (Peluang) Oppurtunities ialah mencari cara untuk menambah baik dan membina apa yang telah kita lakukan dengan baik. Di manakah kita boleh membuat perubahan yang paling banyak dengan perubahan yang kita buat? Dengan langkah ini, kita boleh memikirkannya. Mulakan dengan bertanya kepada diri sendiri: i. Bagaimanakah kita boleh meningkatkan corong jualan atau user experience (UX) kita? ii. Apakah jenis mesej marketing yang pelanggan kita balas? Bolehkah kita menggunakannya di tempat lain? iii. Siapa yang paling banyak bercakap tentang brand kita? Bagaimanakah kita boleh manfaatkannya dengan lebih baik? iv. Adakah belanjawan, alatan dan orang kita digunakan dengan sebaik mungkin? 4) Threats (Ancaman) Kebanyakkan brand yang paling berjaya semuanya mempunyai satu persamaan mereka boleh melihat ancaman datang dan membuat perubahan sebelum ia menjadi masalah besar. Berikut adalah beberapa soalan untuk dipertimbangkan: i. Ekonomi: Apakah arah aliran ekonomi yang boleh atau mungkin memberi kesan kepada industri kita? Contohnya, kenaikan kos, kenaikan harga gas, perpindahan ke kerja jauh, dan sebagainya. ii. Marketing: Bagaimanakah trend pemasaran berubah? Contohnya, Google sedang menyingkirkan third-party cookies—bagaimanakah ia akan memberi kesan kepada kempen marketing kita? iii. Trend teknologi: Apakah perubahan teknologi yang akan datang? Automasi semakin popular, tetapi mungkinkah itu salah? iv. Audience: Fikirkan tentang target audience kita—adakah mereka sesuai dengan pasaran kita? Adakah pasaran mengecut atau beralih? Telah tiba masanya untuk kita meletakkan hasil analisis SWOT kita untuk kegunaan marketing. Kaedah ini memberi kita pengetahuan yang kita perlukan untuk melancarkan lebih banyak kempen marketing yang berjaya, sama ada kita menggunakannya untuk menilai keseluruhan strategi marketing kita atau menumpukan pada usaha tertentu, seperti content marketing kita.

4 Cara Efektif Guna SWOT Dalam Marketing Read More »

3 Tools Untuk Menulis Content Lebih Cepat

Menulis content yang panjang memerlukan kesabaran, dan usaha yang besar. Terdapat banyak aspek yang perlu diperhatikan, seperti penjanaan idea, penyusunan struktur, tatabahasa, ejaan, gaya penulisan, dan lain-lain. Walaubagaimanapun, kita tidak perlu terlalu risau kerana terdapat beberapa tools yang boleh membantu mempercepatkan proses menulis dan meningkatkan kualiti content kita. Dalam perkongsian ini, kami akan mengkongsikan 3 tools yang sangat berguna untuk menulis content dengan lebih cepat dan efektif. Tools ini boleh membantu mencari kesilapan tatabahasa dan ejaan, menyusun idea dengan mudah, serta membantu mengekalkan gaya penulisan yang efektif dan profesional. Jom kita lihat! 1) Grammarly Grammarly adalah satu set tools yang sangat berguna untuk menulis content dengan lebih cepat kerana ia dapat membantu menyelesaikan kesilapan tatabahasa dan ejaan dalam masa nyata. Selain itu, Grammarly juga mempunyai fungsi carian sinonim yang betul, yang dapat membantu mengelakkan pengulangan perkataan yang tidak perlu dan mempercepatkan proses penulisan. Dengan Grammarly, penulis dengan mudah dapat memperbaiki kesalahan tatabahasa dan ejaan serta memperbaiki gaya penulisan mereka dengan lebih efektif. 2) Hemingway Editor Hemingway Editor merupakan satu lagi tools yang amat berguna dalam membantu penulis untuk menghasilkan content yang berkualiti dengan lebih cepat. Terutama bagi penulis yang biasanya menghasilkan content yang panjang dan kompleks, Hemingway Editor akan membantu mengurangkan waktu yang diambil untuk memperbaiki ayat-ayat yang terlalu rumit atau panjang. Selain itu, Hemingway Editor turut menawarkan cadangan-cadangan yang bermanfaat untuk mengelakkan pengulangan kata-kata yang tidak perlu dalam content. Ia juga membantu penulis mencari cara yang lebih berkesan dan padat untuk menyampaikan idea yang ingin disampaikan. Oleh itu, Hemingway Editor dapat membantu meningkatkan kecekapan penulisan dan menghasilkan content yang lebih berkualiti. 3) Google Docs Google Docs adalah alat yang sangat bermanfaat bagi penulis yang ingin menulis content yang panjang. Salah satu keuntungan utamanya adalah bahawa alat ini membolehkan pengeditan yang berlaku secara masa nyata, yang membolehkan kerjasama dengan orang lain secara mudah dan efisien. Sebagai contoh, beberapa penulis boleh bekerja pada dokumen yang sama secara bersama dan melihat perubahan yang berlaku secara live. Google Docs juga menyediakan pelbagai pilihan format teks yang membantu penulis dalam menyusun dokumen mereka. Contohnya, penulis boleh menggunakan format huruf bold, italic, dan underline untuk membezakan atau membezakan teks yang penting. Selain itu, dokumen juga boleh diatur menggunakan daftar bullet atau numerik, dan gambar atau grafik boleh ditambah untuk memberikan visualisasi pada maklumat yang disajikan. Hal ini menjadikannya tools yang sangat berguna untuk penulis yang ingin menyelesaikan projek-projek yang mereka tulis dengan cepat dan cekap. Dengan penggunaan tools seperti Grammarly, Hemingway Editor, dan Google Docs, penulis dapat menulis content dengan lebih cepat dan efektif tanpa mengorbankan kualiti content. Ia membantu penulis untuk mempercepatkan proses penulisan dan menjadikan kecekapan penulisan yang lebih baik.

3 Tools Untuk Menulis Content Lebih Cepat Read More »